SALAM PERPISAHAN & JASAMU DIKENANG

fazli

 

 

Warga PPN Kedah ingin mengucapkan salam perpisahan kepada En. Ahmad Fazli Bin Mansor yang telah bertukar ke PLKN Sri Kandi Kota Kuala Muda, Sungai Petani Kedah. Beliau telah berkhidmat di PPN Kedah sebagai Pembantu Kewangan (KEW) W19 pada tahun 2005 sehingga 28 Febuari 2017.  Segala tugas dan kerja yang diberikan kepada beliau dijalankan dengan sebaik-baiknya.Kami warga PPN Kedah mendoakan agar beliau sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau dengan penuh dedikasi di tempat baru.

Raut wajah penuh ketenangan,

Tidak terkalam kasih dijunjung,

Jasamu tetap dikenang,

Budimu tetap disanjung