• Home »
  • Aktiviti Semasa »
  • URUSAN KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA BAGI NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU (KECUALI NEGERI SELANGOR)

URUSAN KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA BAGI NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU (KECUALI NEGERI SELANGOR)

URUSAN KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA BAGI NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU (KECUALI NEGERI SELANGOR) SEBAGAIMANA YANG TELAH DIKAJI SEMULA OLEH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA DALAM TAHUN 2017

1.      Suruhanjaya Pilihan Raya akan membuat pameran Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu (Kecuali Negeri Selangor) selama 1 bulan bermula dari tarikh 08 Mac 2017    (Rabu) sehingga 07 April 2017 (Jumaat).

2.      Bagi pameran di negeri Kedah, tempat-tempat pameran yang terlibat adalah seperti berikut:-

  • Pejabat Daerah Pokok Sena
  • Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)
  • Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah
  • Pejabat Daerah Kota Setar
  • Pejabat daerah Kuala Muda
  • Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP)

3.      Antara maklumat yang dipamerkan di setiap tempat pameran bagi Syor Kajian Semula Persempadanan adalah seperti di bawah:-

  • Notis Persempadanan bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu (kecuali Negeri Selangor) [Klik Di sini]
  • Buku Syor Kajian Semula Persempadanan bagi Negeri Kedah [Klik Di sini]
  • Buku Senarai Bilangan Pemilih mengikut Daerah Mengundi bagi Negeri Kedah [Klik Di sini]
  • Rang Pelan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Kedah [Klik Di sini]
  • Rang Pelan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi setiap Negeri- Negeri Tanah Melayu (kecuali Negeri Perlis dan Selangor) [Klik Di sini]
  • Borang Bantahan [Klik Di sini]

4     Representasi membantah syor yang dicadangkan hendaklah dikemukan secara bertulis kepada SPR dan dihantar/diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Kedah sebelum jam 5.00 petang pada tarikh 07 April 2017 (Jumaat) di alamat seperti di bawah:-

Pengarah

Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah

Aras 4, Zon A, Wisma Persekutuan

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Bandar Muádzam Shah

06550 Alor Setar

Kedah Darul Aman