Tahniah Yang Berbahagia Dato’ K. Bala Singam

test21

YANG BERBAHAGIA DATO’ K. BALA SINGAM  DILANTIK AHLI SPR

PUTRAJAYA, 28 November 2016 – Seluruh warga Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Dato’ Bala Singam A/L Karupiah atas perlantikan beliau sebagai Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia berkuatkuasa 28 November 2016. Beliau menggantikan Yang Berbahagia Datuk Dr. Manogran A/L Paramasivam yang bersara pada 26 Mei 2016 setelah berkhidmat sebagai Ahli SPR sejak 2006. Ketua Setiausaha Negara, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali Hamsa dalam satu kenyataan pada 24 November 2016 memberitahu, perlantikan Yang Berbahagia Dato’ K. Bala Singam telah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk tempoh tiga tahun mulai tarikh beliau mengangkat dan menandatangani dan sumpah setia. Dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang pada 17 Jun 1956, beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Perancang & Dasar di Kementerian Kewangan pada 1984. Yang Berbahagia Dato’ Bala Singam seterusnya menabur bakti di Kementerian Pertanian (1989-1991), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (1991-2000), Kementerian Belia & Sukan (2000-2003), dan Kementerian Sains, Teknologi & Alam Sekitar (20032004) sebelum berkhidmat di Kementerian Komunikasi & Multimedia [pada tahuntahun berikut dikenali sebagai: Kementerian Kesenian, Komunikasi & Kebudayaan (2004-2008); Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (2009-16 Mei 2013)]. Pemegang Bachelor of Arts (Hons.) (Linguistics) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Komunikasi & Multimedia pada 8 Februari 2012 sebelum beliau dilantik sebagai Ahli SPR. SPR mengucapkan Selamat Bertugas kepada Yang Berbahagia Dato’ K. Bala Singam!