PENDIDIKAN PENGUNDI

10 NOVEMBER 2016-Dewan Komuniti Kampung Tajar, Alor Melintang  Pasukan pendidikan pengundi PPN Kedah telah di jemput untuk mengadakan taklimat pilihan berkaitan pilihan raya kepada pelajar- pelajar sekolah. Antara sekolah yang hadir adalah Sek. Men. Keb. Dulang seramai 20 orang pelajar dan Sek. men. Keb. Yan juga seramai 20 orang. Sesi taklimat itu juga telah di hadiri oleh penduduk setempat yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Yan dan Kota Setar.

Taklimat telah di sampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Sukri, timbalan pengarah PPN Kedah.  Peserta yang menghadiri taklimat berpeluang melakukan sesi simulasi yang turut di adakan pada taklimat tersebut. Semoga penerangan yang disampaikan dapat membantu pelajar untuk memahami lebih mendalam cara dan proses sesuatu pilihan raya dijalankan.

pendidikan-pengundi-nov1 pendidikan-pengundi-nov