KURSUS KESELAMATAN ‘FIRE DRILL’

26 OKTOBER 2016- ANAK BUKIT, Seramai 35 orang kakitangan Pejabat Pilihanraya Negeri Kedah telah menghadiri kursus keselamatan bersama pihak bomba Alor Setar.  Kursus yang bertajuk “FIRE DRILL”  ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPN Kedah. Kursus ini diadakan bertujuan memupuk kesedaran di kalangan peserta supaya mengetahui tentang aspek keselamatan jika berlaku kebakaran di tempat kerja.  Pelbagai penerangan telah di berikan oleh penceramah jemputan antaranya jenis- jenis kebakaran, punca kebakaran, sumber kebakaran dan cara mengatasi kebakaran.

Latihan amali juga telah di adakan oleh pihak bomba di kawasan lapang berhampiran bangunan PPN Kedah.

fire1fire2kebakaran