SPR SAMBUT HARI INOVASI 2016

inovasi1

PUTRAJAYA, 25 FebruariSempena Hari Inovasi 2016  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengundang Datuk Rosyam Nor Shamsuddin; pelakon, pengacaraTV, duta produk gaya hidup dan usahawan berjaya sebagai pengisian kepada majlis ini. Ceramah beliau berkisar tentang penjenamaan diri; dengan menerapkan aspek-aspek yang sinonim dengan penjenamaan produk seperti pembungkusan, pemasaran, ilmu berkenaan pengguna sasaran dan penyelidikan berterusan.

Beliau turut menyelitkan dalam ceramah santainya tentang latar belakang, perkembangan kerjaya seni, serta penglibatan beliau dalam industri pertanian dan penternakan. Sesi ceramah beliau turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Setiausaha SPR, Pengarah- Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri; pegawai-pegawai kanan SPR; serta warga SPR.