59 WARGA SPR TERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG

PUTRAJAYA, 25 Februari Seramai  54 warga Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015 pada hari ini. Anugerah ini

merupakan satu penghargaan daripada pihak pengurusan SPR terhadap mereka yang telah menunjukkan komitmen unggul dalam melaksanakan tugas harian; selain dedikasi dan

kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatanyang lebih berkualiti. Anugerah ini disampaikan oleh Pengerusi SPR, Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd. Hashim bin Abdullah.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi SPR menyeru warga SPR supaya menjunjung hak kesamarataan dalam menentukan kecemerlangan penjawat awam. Menurut beliau, keutamaan

terhadap kerja dan tanggungjawab terhadap tugas harus diukur dengan adil; dan bukannya mengikut emosi dan kepentingan peribadi.

Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd. Hashim berharap kekuatan modal insan dalam sesebuah agensi seperti SPR haruslah sentiasa kukuhdalam menongkah pancaroba yang semakin

hebat. Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli-Ahli SPR; Timbalan-Timbalan Setiausaha SPR; Pengarah-Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri; dan pegawaipegawai kanan SPR. Pada majlis

yang sama, Pengerusi SPR juga menyampaikan Sijil Kepujian kepada 65 warga SPR yang telah menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan mereka dari segenap

aspek.

Sijil Persaraan turut   disampaikan kepada 15 warga SPR yang telah dan bakal bersara pada tahun ini; dan 6 warga SPR menerima Sijil Bakti Setia atas perkhidmatan mereka kepada SPR

selama 25 tahun dan  ke atas. Antara yang bersara pada tahun ini termasuklah Pengarah-Pengarah Pilihan Raya Negeri Kedah dan Perak. Ucapan Tahniah juga di ucapankan kepada

penerima  APC bagi kakitangan Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah yang menerima anugerah dan sijil kepujian bagi tahun ini. Antaranya:

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015

Kumpulan Pengurusan & Profesional

1. CIK YUSNIATI BINTI ISHAK PTD (M48)

Kumpulan Pelaksana

1. PUAN NOR AIN BINTI ABDUL GHANI JTK (FT17)

2. ENCIK ROMLI BIN HANAFIAH PEMANDU (H11)

SIJIL KEPUJIAN 2015

1. PUAN NORAZALILAH BINTI NORLI SU PEJ. N27

2. PUAN ARMIZA  BINTI ABDUL RAHMAN PT (P/O) N17

3. ENCIK MOHD HARIS FADHILAH BIN AHMAD FAZHIL PT (P/O) N17 KONTRAK

SIJIL PERSARAAN 2016

1. ENCIK MORAT BIN PORA PTD M54

2. ENCIK CHE HASSAN BIN AB. RAHMAN PEM OPERASI H11