PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN KEEMPAT 2017

baru

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN KEEMPAT 2017

(DPT ST4/2017 | SEHINGGA 31 DISEMBER 2017)

14 HARI MULAI 17 JANUARI (RABU) HINGGA 30 JANUARI (SELASA) 2017

Selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2017 akan dipamerkan selama 14 hari mulai 17 hingga 30 Januari 2017 di 98 pusat pameran (Sila rujuk dokumen Warta Kerajaan Persekutuan/Federal Government Gazette – JOHORdi Johor.

Sepanjang tempoh pameran berlangsung, setiap warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baru atau menukar alamat pusat mengundi pada bulan Oktober, November dan Disember 2017 dinasihatkan menyemak permohonan atau status pendaftaran. Bagi permohonan pendaftaran baru, jika pemohon mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2017 bolehlah membuat TUNTUTAN dengan menggunakan Borang B.

Begitu juga bagi setiap pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama – nama orang di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2017 di satu-satu bahagian pilihan raya itu bolehlah berbuat demikian dengan mengisi Borang C. *Setiap satu nama yang dibantah dikenakan bayaran sebanyak RM10.00. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos/Bank Draf.

Borang TUNTUTAN atau BANTAHAN tersebut hendaklah diserahkan kepada Urusetia yang dipertanggungjawabkan di setiap Pusat Pameran atau dimajukan terus kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor pada waktu pejabat pada hari bekerja dalam tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2017.

SPR juga mempamerkan nama – nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih. Antara asas SPR mengeluarkan nama pemilih berkenaan tidak berhak dikekalkan atas sebab – sebab tertentu antaranya telah meninggal dunia atau dilucutkan kewarganegaraan.

Orang ramai juga boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2017.