KEMPEN BULAN SEMAKAN DAFTAR PEMILIH 2012

 

Bagi menggalakkan warga Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membuat semakan maklumat pendaftaran mereka, SPR telah mengadakan Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 2012 pada 1 hingga 30 Jun 2012.

Kempen ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran betapa pentingnya pemilih menyemak status masing – masing sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke – 13 diadakan. Kempen ini memberi ruang untuk pemilih membuat semakan dan mengemaskini maklumat pendaftaran pemilih masing – masing jika terdapat sebarang kesilapan.

Kempen ini juga adalah sebahagian daripada usaha SPR untuk membersihkan Daftar Pemilih dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kerjasama pemilih amatlah diperlukan kerana sebarang kesilapan data hanya dapat dikemaskini dengan kehadiran pemilih sendiri.

SPR telah menyediakan kemudahan – kemudahan berikut:

❶. Call Centre

Sila hubungi 07 – 224 3516
Setiap Isnin – Ahad
Jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang

❷. Laman Sesawang SPR

Sila semak di SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

❸. Sistem Khidmat Pesanan Ringkas

Sila hantar SMS ke 15888 dengan menaip
SPR[jarak]SEMAK[jarak]NO. KAD PENGENALAN

❹. Kaunter SPR

Sila hadir ke PPN JOHOR untuk semakan di kaunter
Setiap Sabtu dan Ahad
Jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang

zr0

Add your Biographical Info and they will appear here.